Rabu, 5 Januari 2011

Bursa Malaysia terus catat sejarah

Bursa Malaysia terus catat sejarah

KUALA LUMPUR 4 Jan - Dalam perkembangan yang belum pernah berlaku, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melepasi paras psikologi dan ditutup pada paras tertinggi baharu buat hari kedua berturut-turut, sebahagian besarnya dirangsang oleh keuntungan saham-saham perladangan.
Barometer pasaran menokok 18.47 mata atau 1.2 peratus untuk ditutup pada 1,551.89 dalam dagangan cergas. Ia dibuka 1.15 mata lebih tinggi pada 1,534.57.
Prestasi positif daripada kebanyakan pasaran ekuiti serantau yang disokong oleh keuntungan semalaman di Wall Street, merangsang momentum di sini, kata seorang peniaga.
Di Bursa Malaysia, Indeks Kewangan meningkat 136.87 mata kepada 14,116.32, Indeks Perusahaan menambah 53.84 mata kepada 2,930.08 dan Indeks Perladangan melonjak 146.28 mata kepada 8,279.61. Indeks FBM Emas menokok 121.75 mata kepada 10,613.49, Indeks FBM Ace meningkat 35.23 mata kepada 4,394.72 dan Indeks FBM70 menambah 106.67 mata kepada 11,169.58.
Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 637 berbanding 233 manakala 262 kaunter tidak berubah, 249 tidak diniagakan dan 30 yang lain digantung.
Jumlah dagangan melonjak kepada 2.011 bilion saham bernilai RM2.88 bilion, beranding 1.608 bilion saham bernilai RM2.09 bilion, semalam.
Kaunter paling untung, British American Tobacco, meningkat 60 sen kepada RM46.40, Sime Darby menokok 51 sen kepada RM9.46, Nestle menambah 42 sen kepada RM43.84, Ekovest untung 37 sen kepada RM2.74, Kulim meningkat 28 sen kepada RM12.76 manakala KL Kepong menokok 28 sen kepada RM22.66.
Antara kaunter aktif, Karambunai meningkat empat sen kepada 21 sen, Talam menokok setengah sen kepada 9.5 sen, Borneo Oil menambah 7.5 sen kepada 42 sen dan Malayan United meningkat dua sen kepada 22.5 sen.
Sebaliknya, United Plantation susut 28 sen kepada RM16.92, MAHB turun 21 sen kepada RM5.99 dan The Store rugi 18 sen kepada RM2.42.
Di Pasaran Utama, jumlah dagangan meningkat kepada 1.661 bilion saham bernilai RM2.792 bilion berbanding 1.297 bilion unit bernilai RM2.015 bilion sebelumnya.
Waran meningkat kepada 269.316 juta saham bernilai RM68.508 juta berbanding 213.234 juta unit bernilai RM57.886 juta yang direkodkan sebelumnya.Jumlah dagangan di Pasaran ACE bagaimanapun berkurangan kepada 63.007 juta saham bernilai RM11.91 juta berbanding 87.767 juta unit bernilai RM14.631 juta semalam.- Bernama

dipetik dari Utusan Malaysia 5 januari 2011

Selasa, 14 September 2010

Sentimen positif Bursa ditutup tinggi

Sentimen positif Bursa ditutup tinggi

               Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini dengan Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) mencecah paras tertinggi sejak Januari 2008, kata para peniaga.Pada pukul 5 petang, indeks utama menokok 19.18 mata kepada 1,456.96 selepas dibuka 1.48 mata lebih tinggi pada 1,439.26. Ia merupakan paras tertinggi sejak 4 Jan, 2008 apabila ia ditutup pada 1,466.67.Seorang peniaga berkata pasaran yang rancak itu adalah seiring dengan sentimen positif di pasaran serantau, disokong oleh data ekonomi China dan Amerika Syarikat yang menggalakkan baru-baru ini.

               Indeks Kewangan Bursa Malaysia mengukuh 127.93 mata kepada 13,160.29, Indeks Perladangan naik 110.24 mata kepada 6,870.26 dan Indeks Perindustrian lebih tinggi 39.13 mata kepada 2,799.34.
Sementara itu, FBM Emas menokok 135.85 mata kepada 9,732.89, FBM70 melonjak 169.89 mata kepada 9,533.85 dan Indeks FBM Ace susut 9.52 mata kepada 3,771.13.

               Jumlah dagangan menambah kepada 843.15 juta saham bernilai RM1.99 bilion daripada Khamis lepas iaitu 449.647 juta saham bernilai RM861.116 juta.Saham-saham untung mengatasi saham rugi dengan 542 berbalas 218 sementara 254 kaunte ryagn lain tidak berubah.Menerajui saham untung, KNM naik satu sen kepada 41.5 sen, Maybank menambah sembilan sen kepada RM8.51 dan Time Dotcom lebih tinggi tiga sen kepada 66 sen.

                Untuk saham berwajaran tinggi, CIMB menambah 15 sen kepada RM8.05, Sime Darby meningkat 13 sen kepada RM8.33 dan Maxis mengembang empat sen kepada RM5.44.Jumlah dagangan di pasaran utama melonjak kepada 679.86 juta saham bernilai RM1.96 bilion daripada 367.44 juta saham bernilai RM846.41 juta Khamis lepas.
Waran meningkat kepada 80.44 juta unit bernilai RM16.57 juta daripada 29.52 juta unit bernilai RM4.48 juta sebelumnya.Jumlah dagangan di Pasaran ACE lebih tinggi kepada 75.78 juta saham bernilai RM12.69 juta daripada 48.44 juta saham bernilai RM7.16 juta sebelumnya.

                Produk pengguna menguasai 53.597 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian 129.818 juta, pembinaan 63.505 juta, urus niaga dan perkhidmatan 191.097 juta, teknologi 27.513 juta, infrastruktur 31.486 juta, kewangan 86.319 juta, hotel 3.950 juta, hartanah 66.329 juta, perladangan 23.483 juta, perlombongan 34,000, REIT 2.664 juta dan dana tertutup 58,000.- Bernama

(dipetik dari utusan malaysia 13 sept 2010-info bisnes)